Khamis, Februari 26, 2009

SUKAN TAHUNAN SIF MERU KALI KE 11

Pada tanggal 22 Februari 2008 (Ahad) telah berlangsungnya sukan tahunan yang merupakan salah satu acara tahunan anjuran pihak sekolah. Bagi Sukan Tahunan Yang Ke-11 ini diadakan di Padang Meru IV. Tahun ini merupakan sejarah baru dimana rumah sukan bertambah kepada 4 pasukan iaitu Ibn Rushd (Hijau), Ibn Sina (Merah), Ibn Khaldun (Kuning) dan Ibn Razi (Biru).

Ibn Khaldun


Ibn Razi

Ibn Sina

Ibn Rushd

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi ALP sekolah iaitu Ustaz Nor Najhan Haji Mohamad Salleh bagi menggantikan Dr. Shafie Bin Abu Bakar, Pembantu Exco Agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang kelewatan tiba atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


Antara acara yang dipertandingkan adalah acara balapan, bola baling (tahap 1), futsal (tahap 1&2), bola jaring (tahap 2) , badminton (tahap 2), acara ibu dan acara bapa. Pertandingan merentas desa dilaksanakan sebelum hari sukan tahunan berlangsung. Secara keseluruhannya, rumah Ibn Sina mengekalkan kejuaraannya dengan mendapat mata 199 markah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak termasuklah pasukan Tae-Kwon-Do yang diketuai oleh Ustaz Rajaie.





6 ulasan:

  1. salam...
    alhamdulillah...
    dapat melansungkan hari sukan tahunan dengan jaya nye...tahniah pada yang terlibat..
    hmmm...tahun ni hari sukan banyak pembaharuan..seperti diadakan acara sukan padang/gelanggang sperti bola baling,netball,futsal dan badminton..kalau sbelum2 ni hanya acara bar lapan dan sukaneka sahaja...
    peningkatan yang baik..
    moga lebih berjaya lagi kelak..

    TAKBIR..!!!!
    ALLAHU AKHBAR..!!!

    BalasPadam
  2. salam
    teringat memori-memori indah kat al-farabi.
    semoga al- farabi meru terus maju dan jaya....

    ............
    x-teacher

    BalasPadam
  3. tahniah kepada guru2 kerana sukan tahunan kali ni berjaya dengan sukses!!!!

    BalasPadam
  4. tahniah sukan tahunan kali ni makin bagus banyak permainan diadakan

    BalasPadam