Khamis, April 30, 2009

Lawatan Tahap 1

Tarikh: 28 Mac 2009
Masa: 8.00-4.30ptg
Tempat Lawatan:Zoo Negara dan Masjid Shah Alam

Kira-kira jam 9.30 pagi, rombongan telah sampai di Zoo Negara. Di sana murid-murid Al- Farabi melibatkan diri dalam sesi mewarna sementara menunggu persembahan anjing laut dan burung merak yang bermula pada jam 11 pagi. Selesai menonton persembahan, murid-murid berjalan bersama-sama guru pengiring masing-masing mengelilingi zoo.

Jam 12.30 rombongan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Masjid Shah Alam. Di sebabkan kesesakan lau lintas, rombongan sampai di perkarangan masjid kira-kira jam 2.00 petang. Di sana rombongan makan tengahari di dewan masjid dan menunaikan solat Zohor secara berjemaah. Kira-kira jam 4.30 petang, rombongan bertolak pulang ke sekolah.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan