Ahad, Mac 07, 2010

Ceria Bersama Kelab Nuri Bank Rakyat

Tarikh : 4hb Mac 2010
Tempat : Dewan Sekolah Islam Al-Farabi Meru

Kelab Nuri Bank Rakyat mengunjungi sekolah bagi mempromosikan akaun Kelab Nuri kepada semua murid. Pelbagai aktiviti menarik disediakan. Antaranya nyanyian tema Kelab Nuri, kuiz uji minda dan permainan yang turut diceriakan dengan kehadiran maskot Kelab Nuri. Menurut pihak bank Rakyat, mereka merasa seronok mengadakan promosi di sekolah ini kerana mendapat kerjasama yang amat baik dari semua warga Farabi. Apatah lagi katanya, mereka seronok berinteraksi dengan murid-murid SIF Meru kerana sungguh bersopan santun. Alhamdulillah................

Guru-guru bergambar kenangan dengan maskot dan wakil dari Bank Rakyat



Antara "games" yang dianjurkan
Kita tengok saper yang terer..jeng....jeng....jeng


Muid-murid memberi kerjasama yang baik semasa aktiviti dijalankan

Wajah-wajah penuh kecerian

Berebut-berebut menjawab soalan dalam kuiz uji minda

Bye..bye Kelab Nuri Bank Rakyat
Terima kasih...Maafkan kami jika ada salah dan silap dari kami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan